Allah sentiasa mengampunkan hambaNya yang bertaubat

Wednesday, December 15, 2010

Kemajuan-2 pembinaan Surau



15 Disember 2010

Thursday, November 25, 2010

Kemajuan pembinaan Surau



25 November 2010

Thursday, October 28, 2010

Surau Al-Hidayah dalam Pembinaan



28 Oktober 2010

Thursday, September 2, 2010

26 SEPTEMBER 2010

Salam semua,

SATU MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AKAN DIADAKAN SEBAGAIMANA BERIKUT :

TARIKH : 26 SEPTEMBER 2010 (AHAD)
MASA : 2 HINGGA 5 PETANG
TEMPAT : SURAU SEMENTARA RUMAH KEDAI KOTA MALIM PRIMA

SEMUA DIJEMPUT HADIR. MOHON SUMBANGAN RM20.00 SEORANG UNTUK MEWAKILI SATU RUMAH.

BOLEH BAYAR KEPADA :

i. Prof. Dr. Omar bin Abdull Kareem Jln KMP 1/2 013-2076416
ii. Dr. Hj. Nek Kamal bin Yeop Yunus no. 3, Jln. KMP 1/6 013-2635385
iii. En. Roslan bin Saad Jalan KMP 1/7 0193055360
iv. En. Mohamad Yusof bin Mohamad Nor No. 41, Jln. KMP 1/3 019-3308341
v. Ustaz Pahruraji @ Pahrurazi bin ArbaiN No.1, Jln. KMP 1/4 012-6949124
vi. En. Ruslan BasarudiN No. 31, Jln. KMP 1/6 013-5042771
vii. Ustaz Taj Rijal bin Mohamad Romli 102B/3 KMP 019-9496070
viii. En. Shamsul Bahar bin Mohamad No. 34 Jln. KMP 1/2 013-4643250

b.p. Pengerusi Surau Al Hidayah Kota Malim Prima

Wednesday, February 24, 2010

Mesyuarat JK Pembinaan Suarau Al-Hidayah

Assalam..

Mesyuarat Jk Pembinaan Surau Al-Hidayah akan diadakan pada jam 9.00pm malam ini
25 Feb 2010 di surau sementara KMP no 22 jalan 1/1. Semua AJK dijemput hadir. Jamuan insyaAllah. Teh tarik akan disediakan oleh Master Shamsul dan Zainal Azmi KTMB.
Antara waktu maghrib dan isyak akan diadakan bacaan surah al-yaasin.

Agenda
1.ucapan aluan pengerusi
2.ucapan penasihat
3.Strategi pembinaan surau
4.perkara berbangkit
5.penutup

Monday, February 8, 2010

Kiamat Sughra 2012?



Sabda Rasulullah:

"Kiamat itu ada dua... Kiamat Sugra (Kecil) dan Kiamat Qubra (Besar)... Kiamat Sugra ialah Kiamat dimuka bumi sahaja diakhir zaman... Akan masih ada segolongan kecil yang hidup untuk pembiakan umat baru yang akan bertemu Nabi Isa A.S... Manakala Kiamat Qubra ialah Kiamat yang seluruh alam semesta dan galaksi hancur... Tiada lagi manusia yang hidup, dan tiada lagi bumi..."

"Umatku ada dimuka bumi ini selama 1,500 tahun lamanya... Sebelum terjadinya Kiamat Qubra, akan tiba Kiamat Sugra... Sebelum datangnya Kiamat Sugra, akan ada tanda-tandanya... Begitu juga sebelum tibanya Kiamat Qubra..."

Ayat al-Quran:
"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Ust.Harun Din dlm ceramah dia, ada membaca sebuah artikel yg menceritakan bahawa dunia ni dah nak kiamat ... Planet Marikh (planet ke-4 dan paling dekat dengan bumi) telah mengalami pusingan yang terbalik pada bulan Sept 2008 lepas.. Maknanya, planet yg dekat dgnnya jugak (bumi la) akan bertukar arah pergerakan dia.. Maka pada saat tu akan terjadi kejadian matahari tenggelam sebelah timur...

Penjelasan Saintifik Bagaimana Ia Berlaku:
Untuk pengetahuan semua, sebuah planet bernama Nibiru atau planet X (oleh NASA) sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600 tahun.. Planet ini 100 kali ganda besar bumi dan sama besar dengan planet Jupiter (Musytari). Dijangkakan pada 21/12/2012 planet ini akan memberi kesan paling dahsyat kepada bumi dengan memutarkan kutub-kutub ke kedudukan terbalik (polar shifting) yang dijangkakan oleh NASA.

Pada bulan Mei 2009 lalu Planet X berwarna merah jelas kelihatan oleh semua penduduk bumi selama sebulan antara jam 1am - 3am...


Peristiwa ini seperti yang pernah berlaku semasa banjir besar zaman Nabi Nuh AS dahulu.. Planet ini tak menghentam bumi tapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan mengganggu bumi... Ia hanya akan lalu diantara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari..
(Tanda tibanya kiamat kecil objek merah di langit kelihatan)...


Amerika Syarikat dan negara barat lain sedang sibuk membuat persiapan menghadapi keadaan ini dengan membina beberapa penempatan sementara di banjaran-banjaran gunung lengkap dengan makanan yang mampu bertahan 3 tahun kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi ini akan lenyap...

Di norway misalnya mereka membina sebuah gudang menyimpan segala biji benih di sebuah bukit lengkap dengan ciri-ciri keselamatan dan dari ancaman bencana..
(Rujuk paper bulan Februari 2008, kosmo, Berita Harian dan lain-lain)

Benarlah sabda RASULULLAH

Satu hari nanti bumi akan hancur dan ditenggelami air selama 40 hari, dan satu zaman baru muncul dipanggil back to ancient berlaku dimana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan pedang cara kuno...

Jadi bersedialah kita umat Islam...ALLAHHU AKBAR..!!

Kajian... (ALLAH Maha Mengetahui dan mahu kita berfikir..)

a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun... Sekarang sudah 1440 = 426 + 12 tahun hijrah.... Daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi..
Jikalau ini benar, Alam akan kiamat (Besar) pada tahun 2066...

b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014.
Namun, Amerika telah cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket...

Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang jauh lebih besar dari Bumi juga akan menghentam bumi dalam masa 60 tahun lagi...
Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065.....


c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007... Mereka merancang memusnahkan Kaabah pada tahun 2011...
(Meruntuhkan Kaabah mengundang kemurkaan Allah, mungkinlah juga Kiamat Kecil 2012 itu disebabkan kemurkaan Allah)

Dan kuasa Israel akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa..... .
Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat selepas itu..

Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062...

Dianggarkan Kiamat Qubra (Besar) Antara Tahun 2062-2066...

Wallahu'alam. .. Semua ini telah dikaji...

Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun...
Kita telah berada di bumi ini selama 1440 tahun...

Cubalah anda kirakan sendiri...

Beribadatlah wahai umat Islam sekalian...
Kiamat pasti tiba. hanya orang yang leka dengan dunia sahaja yang akan rugi. Berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh Allah.

Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar.
Marilah sama-sama mendoakan kesejahteraan untuk semua umat Islam..

Dakwah in the rain...

Assalamualaikum,


Below is a real story I want to share ...
Every Friday afternoon, after the Jumaat prayers, the Imam and his eleven year old son would go out into their town and hand out "PATH TO PARADISE" and other Islamic literature .

This particular and fortunate Friday afternoon, as the time came for the Imam and his son to go to the streets with their booklets, it was very cold outside, as well as pouring rain. The boy bundled up in his warmest and driest clothes and said, 'OK, dad, I'm ready!'

His dad asked, 'Ready for what' 'Dad, it's time we go out and distribute these Islamic books.' Dad responds, 'Son, it's very cold outside and it's pouring rain.' The boy gives his dad a surprised look, asking, 'But Dad, aren't people still going to hell, even though it's raining?'

Dad answers, 'Son, I am not going out in this weather.' Despondently, the boy asks, 'Dad, can I go Please' His father hesitated for a moment then said, 'Son, you can go. Here are the booklets. Be careful son.' 'Thanks, Dad!' And with that, he was off and out into the rain.

This eleven year old boy walked the streets of the town going door to door and handing everybody he met in the street a pamphlet or a booklet. After two hours of walking in the rain , he was soaking, bone- chilled wet and down to his VERY LAST BOOKLET.

He stopped on a corner and looked for someone to hand a booklet to, but the streets were totally deserted. Then he turned toward the first home he saw and started up the sidewalk to the front door and rang the door bell. He rang the bell, but nobody answered.. He rang it again and again, but still no one answered. He waited but still no answer. Finally, he turned to leave, but something stopped him. Again, he turned to the door and rang the bell and knocked loudly on the door with his fist. He waited, something holding him there on the front porch! He rang again and this time the door slowly opened.

Standing in the doorway was a very sad-looking elderly lady. She softly asked, 'What can I do for you, son?' With radiant eyes and a smile that lit up her world, this little boy said, 'Ma'am, I'm sorry if I disturbed you, but I just want to tell you that ALLAH REALLY LOVES AND CARES FOR YOU and I came to give you my very last booklet which will tell you all about God, the real purpose of creation, and how to achieve His pleasure.' With that, he handed her his last booklet and turned to leave.. She called to him as he departed. 'Thank you, son! And God Bless You!'

Next week on Friday afternoon after Jumma prayers, the Imam was giving some lectures. As he concludes the lectures, he asked, 'Does anybody have questions or want to say anything?'

Slowly, in the back row among the ladies, an elderly lady's voice was heard over the speaker. 'No one in this gathering knows me. I've never been here before. You see, before last Friday I was not a Muslim, and thought I could be. My husband died few years ago, leaving me totally alone in this world.. Last Friday, being a particularly cold and rainy day, i was contemplating suicide as i had no hope left. So I took a rope and a chair and ascended the stairway into the attic of my home.. I fastened the rope securely to a rafter in the roof then stood on the chair and fastened the other end of the rope around my neck. Standing on that chair, so lonely and broken-hearted I was about to leap off, when suddenly the loud ringing of my doorbell downstairs startled me.

I thought, I'll wait a minute, and whoever it is will go away. I waited and waited, but the ringing doorbell seemed to get louder and more insistent, and then the person ringing also started knocking loudly..... I thought to myself again, 'Who on earth could this be? Nobody ever rings my bell or comes to see me.' I loosened the rope from my neck and started for the front door, all the while the bell rang louder and louder.

When I opened the door and looked I could hardly believe my eyes, for there on my front porch was the most radiant and angelic little boy I had ever seen in my life. His SMILE, oh, I could never describe it to you! The words that came from his mouth caused my heart that had long been dead TO LEAP TO LIFE as he exclaimed with a cherub-like voice, 'Ma'am, I just came to tell you that ALLAH REALLY LOVES AND CARES FOR YOU!' Then he gave me this booklet, Path To Paradise that I now hold in my hand. As the little angel disappeared back out into the cold and rain, I closed my door and read slowly every word of this book. Then I went up to my attic to get my rope and chair. I wouldn't be needing them any more. You see? I am now a Happy Vicegerent of the One True God. Since the address of your congregation was stamped on the back of this booklet, I have come here to personally say THANK YOU to God's little angel who came just in the nick of time and by so doing, spared my soul from an eternity in hell.'

There was not a dry eye in the mosque. The shouts of TAKBIR...ALLAH AKBAR.. rented the air. Imam-Dad descended from the pulpit to the front row where the little angel was seated.... He took his son in his arms and sobbed uncontrollably. Probably no jama'at has had a more glorious moment, and probably this universe has never seen a father that was more filled with love and honor for his son... Except for One. This very one...

Blessed are your eyes for reading this message. Don't let this message die, read it again and pass it to others. Heaven is for His people! Remember, God's message CAN make the difference in the life of someone close to you.

Wassalam

P/s Have you ever asked yourself?

What is your contribution towards the dakwah of Islam?

Go back and think about it.

Monday, February 1, 2010

Penubuhan Jawatankuasa Penaja Surau Al-Hidayah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Assalamualaikum waramatullah..

Shukur kepada Allah kerana akhirnya jawatankuasa penaja surau baru Kota Malim Prima telah pun rasmi ditubuhkan pada 15 Julai 2009. JK ini bertanggungjawab mengusahakan pembinaan surau baru di KMP ini siap sebelum ramadan 1431H akan datang. Surat sokongan daripada YDP Majis Tg. Malim telah diperolehi. Kos pembinaan surau ini dianggarkan sebanyak RM200 ribu ringgit. Maka pihak JK penaja Surau Al-Hidayah ini mengalu-alukan sumbangan daripada pihak tuan dan puan untuk bersama-sama berkongsi habuan akhirat ini. Sumbangan bolehlah disampaikan kepada nama-nama berikut:

1. Prof. Dr. Omar bin Abdull Kareem (Penasihat)
2. Dr. Nek Kamal bin Yeop Yunus (Pengerusi)
3. Tuan Hj. Nazirmuddin bin Ahmad (Naib Pengerusi)
2. Dr. Ahmad Jazimin bin Jusoh (S/U)
4. Ust. Taj Rijal Muhd. Romli (Bendahari)

atau terus ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad seperti berikut:

Derma Pembinaan Surau Al-Hidayah Kota Malim Prima
No. Akaun 08-068-01-0030965

Ahli jawatankuasa penaja:

1. En. Shamsul Bahar bin Mohamad
2. Pn. Saripah bt. Ghazali
3. Ust. Pahrurazi bin Arbain
4. En. Mohamad Yusof bin Mohamad Nor
5. Pn. Salomawati bt. Ishak
6. En. Mohamed Ismail bin Haron
7. En. Roslan bin Saad
8. En. Azmi bin Jamaludin
9. Tn. Hj. Jamil bin Mohd Piah
10. Tn. Hj. Azizi bin Mohd Salleh
11. En. Zainal Abidin bin Jaini
12. En. Mohd. Fauzi bin Jamaludin
13. En. Ainudin bin Mohamad

mesyuarat musolla alhidayah 3

mesyuarat musolla alhidayah 1

mesyuarat musolla alhidayah 2

Segala sumbangan dan derma pihak tuan puan didahului dengan ribuan terima kasih. Semoga Allah menggolongkan tuan puan dari kalangan hambaNya yang dikasihi.

Sekian.

Friday, January 29, 2010

Kelebihan bersedekah

Hadith:

Dari Amru bin Auf r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).” (Bukhari)

Huraian:
1. Selain daripada sedekah wajib iaitu zakat harta, zakat fitrah dan sebagainya, umat Islam umumnya digalakkan memberi sedekah sunat sebagai tanda bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT.
2. Setiap pemberian sedekah akan diberikan ganjaran pahala sekiranya dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata. Bahkan fadhilat atau kelebihan bersedekah adalah meliputi dunia dan akhirat.
3. Faedah sedekah di dunia adalah seperti seseorang itu akan dimurahkan rezekinya oleh Allah, terhindar daripada bala bencana, dipanjangkan umur, mencegah daripada kematian yang buruk di mana orang yang selalu bersedekah akan dilindungi daripada ditimpa kemalangan yang menyebabkan kematian dalam keadaan yang ngeri atau mati dalam keadaan tidak beriman (su’ul khatimah) kerana sedekah itu sebenarnya membawa rahmat di samping menghapuskan sifat sombong, takbur dan menunjuk-nunjuk dengan pemberiannya.
4. Manakala faedahnya di akhirat pula ialah seseorang itu akan mendapat naungan daripada panas terik di padang Mahsyar dan mendapat pendinding daripada api neraka.

sumber: Jakim

Thursday, January 28, 2010

Tanda-Tanda Kematian...renung-renungkan...

100 hari sebelum hari mati

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka
yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.


3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan
sekarang akan mematikan pula. (Hadis: Barang siapa mengucap dua kalimah syahadah di akhir kalamnya maka wajiblah syurga baginya)

Penutup

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walau bagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha
berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.


Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

Wallahua`Lam

Moga-moga setiap kita dan keluarga diampuni Allah dan diberkati hidup dan mati hingga dapat mempersiap sediakan bekalan untuk hari kemudian kita. Bacalah kandungan ini agar dapat menjadi ingatan kita semua. Insyallah mulalah bertaubat, yang masih malas sembahyang ubah sikap umur kita semakin hari semakin meningkat. Rezeki dicari biarlah betul-betul halal.
Biar sesal dahulu jangan sesal kemudian. Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan berharap saudara saya semua begitu juga.
Cubalah kita ingat mengingat sesama kita selagi mampu.