Allah sentiasa mengampunkan hambaNya yang bertaubat

Wednesday, December 26, 2012

Majlis perpisahan ahli jamaah Surau

 عَنْ حَفْصِ بْنِ عَاصِمٍ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ ، الْإِمَامُ الْعَادِلُ ، وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ ، وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ ، وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ ، وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ ، فَقَالَ : إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ ، وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ أَخْفَى حَتَّى لَا تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ ، وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ " .


Sabda Nabi SAW:

Dalam hadith yang lain, baginda s.a.w bersabda:
“Tujuh golongan manusia dilindungi Allah pada hari yang tidak ada perlindungan selain daripada perlindungan-Nya. Mereka ialah:
1. pemerintah yang adil
2. pemuda yang hidup dalam ketaatan kepada Allah
3. lelaki yang sentiasa ingat kepada masjid untuk beribadah kepada Allah
4. dua orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, mereka berkumpul dan berpisah kerana cinta kepada Allah
5. lelaki yang menolak godaan seorang perempuan cantik dan berkedudukan tinggi dengan berkata: Aku takut kepada Allah
6. lelaki yang bersedekah dengan ikhlas dan tidak menghebahkan sedekahnya itu, hinggakan tangan kirinya tidak tahu apa yang telah disedekahkan oleh tangan kanannya
7. lelaki yang sentiasa menyebut nama Allah (berzikir) secara bersunyi-sunyian lalu mengalirlah air matanya.”
(Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dll)


Semoga Cikgu Ismail, Cikgu Zainal dan Cikgu Yusuf dapat menyumbang dan memberi dengan lebih baik kerana Allah di tempat yang baru In Shaa Allah.