Allah sentiasa mengampunkan hambaNya yang bertaubat

Tuesday, January 10, 2012

Mereka yang syahid di zaman ini

Nabi SAW ada berkata: “Siapakah yang kamu anggap sebagai syahid di antara kamu?”. Sahabat menjawab: “Wahai Rasulullah! Mereka yang mati di jalan Allah”. Baginda membalas: “Kalau begitu, sedikitlah bilangan yang syahid dari umatku ”. Lalu sahabat bertanya: “Siapakah mereka yang syahid itu wahai Rasulullah?”. Jawab Baginda: “Siapa yang mati di jalan Allah maka dia syahid, siapa yang mati kerana taun maka dia syahid, siapa yang mati kerana sakit perut maka dia syahid” (Riwayat Muslim).