Allah sentiasa mengampunkan hambaNya yang bertaubat

Friday, May 11, 2012

Hak muslim kepada muslim yang lain

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صبى الله عليه وسلم قال : (حق المسلم على المسلم خمس رد السلام وعيادة المريض و اتباع الجنائز  و إجابة الدعوة و تشميت العاطس) متفق عليه-.

Abu Hurairah menceritakan bahawa RasulUllah SAW menyatakan: Hak seorang muslim kepada saudaranya yang muslim ada lima; menjawab salam, menziarahinya ketika sakit, mengeringi jenazahnya hingga ke kubur, menerima jemputan dan mendoakannya ketika ia bersin.  Hadis direkodkan oleh Bukhari dan Muslim.

Friday, May 4, 2012

Mesyuarat Agung Pertama Surau Al-Hidayah

AlhmadulIllah, semalam pada tanggal 4/5/2012 telah berlangsung Mesyuarat Agung pertama bagi Surau Al-Hidayah Kota Malim Prima. Jawatankuasa baru telah dilantik diketuai oleh Tn. Hj. Rohaizat menggantikan Dr. Nek Kamal yang sebelum ini menjawat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Surau. Semoga Allah merahmati perlantikan ini, dan didoakan agar AJK bersama penduduk karyah KMP dapat mengimarahkan surau ini dengan amalan dan program yg dapat memberi manfaat dunia dan akhirat. Takbirr!! Allahu Akbar.