Allah sentiasa mengampunkan hambaNya yang bertaubat

Thursday, April 14, 2011

Doa hari ini

اللَّهُمَّ إِنِّي أعُوذُبِكَ مِنْ زَوَالِ نِعْمَتِكَ، وَ تَحَوُّلِ عاَفِيَتِكَ، وَ فُجَاءَةِ نِقْمَتِكَ، وَجَمِيعِ سَخَطِكَ
Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari hilangnya nikmat Mu, hilangnya afiat yang Engkau berikan, bencanaMu yang datang secara tiba-tiba dan keseluruhan kemurkaanMu

Saturday, April 2, 2011

Gotong Royong




Gotong royong menaik taraf kawasan sekeliling surau sedang giat dijalankan. Tanah yang sudah diratakan dilapis dengan batu kerikil. Pokok-pokok yang ditanam disekeliling antaranya durian dan nangka.

Thursday, March 31, 2011

Surau Sementara sudah dibaik pulih




Setelah lebih 4 tahun rumah ini diwakafkan sementara untuk dijadikan surau penduduk KPM. Kini ia sudah siap dibaik pulih dan akan diserahkan semula kepada tuannya. Semoga amalan tuan rumah ini diterima Allah dan dilipat gandakan pahalanya. Amin ya Rabbal Alamin.

Thursday, March 24, 2011

Solat Fardhu berjemaah di Surau

Shukur kepada Allah Tuhan yang Maha Pemurah, Surau Al-Hidayah telah siap. Para jemaah sudah boleh menunaikan solat fardhu dan mengadakan aktiviti-aktiviti lain.