Allah sentiasa mengampunkan hambaNya yang bertaubat
Wednesday, April 20, 2011
Mesyuarat Bersama YDP Tg. Malim
Syukur kepada Allah SWT, malam ini pihak jawatankuasa menerima kunjungan YDP MDTM, Tn. MOHAMAD FARIZ BIN MOHAMAD HANIP yang diiringi beberapa orang pegawainya ke surau Al-Hidayah. Selepas menunaikan solat Isyak berjamaah, pihak AJK surau Al-Hidayah dan beberapa ahli jemaah bermesyuarat dengan YDP berkaitan isu-isu utama. Isu-isu yang dibincangkan ialah majlis perasmian surau, penambah-baikan binaan surau serta perkara-perkara lain yang menyentuh masalah dan perancangan Kota Malim Prima.


