Allah sentiasa mengampunkan hambaNya yang bertaubat

Wednesday, October 19, 2011

Panduan melakukan ibadah korban

Sebagai panduan untuk melakukan korban maka sembelihan menurut Mazhab Imam As-Syafie mestilah dengan memutuskan dua urat utama pada leher binatang yang berkenaan iaitu;

1) Urat Halkum (saluran pernafasan),
2) Urat Marih (saluran makanan).

Kerana dengan putusnya kedua-dua urat berkenaan maka akan mudahnya haiwan berkenaan mati.

Dalam Mazhab As-Syafie disunatkan turut sama memotong Urat Al-Wijdan iaitu saluran darah. Jika haiwan berkenaan pendek lehernya seperti lembu disembelih dihujung lehernya manakala jika panjang lehernya seperti unta disembelih dipangkal lehernya.

Berdasarkan Mazhab As-Syafie juga amalan yang sunat ketika menyembelih binatang korban adalah seperti berikut:

1.Mengadap Kiblat.
2.Membaca: “Bismillahi wallahu Akbar”بِسْمِ اللهِ وَاللهُ أَكْبَر.
3.Membaca Salawat
4.Membaca doa : أللهم هذا منك وإليك
5.Elok juga ditambah doa: أللهم تقبل مني كما تقبلت من إبراهيم خليلك

Rujukan : الفقه الإسلامي وأدلته، الدكتور وهبة الزحيلي ج:4، ص:2736

(http://zuridanmdaud.blogspot.com/)