Allah sentiasa mengampunkan hambaNya yang bertaubat
Tuesday, November 8, 2011
Wednesday, October 19, 2011
Panduan melakukan ibadah korban
1) Urat Halkum (saluran pernafasan),
2) Urat Marih (saluran makanan).
Kerana dengan putusnya kedua-dua urat berkenaan maka akan mudahnya haiwan berkenaan mati.
Dalam Mazhab As-Syafie disunatkan turut sama memotong Urat Al-Wijdan iaitu saluran darah. Jika haiwan berkenaan pendek lehernya seperti lembu disembelih dihujung lehernya manakala jika panjang lehernya seperti unta disembelih dipangkal lehernya.
Berdasarkan Mazhab As-Syafie juga amalan yang sunat ketika menyembelih binatang korban adalah seperti berikut:
4.Membaca doa : أللهم هذا منك وإليك
5.Elok juga ditambah doa: أللهم تقبل مني كما تقبلت من إبراهيم خليلك
Rujukan : الفقه الإسلامي وأدلته، الدكتور وهبة الزحيلي ج:4، ص:2736
(http://zuridanmdaud.blogspot.com/)
Monday, October 17, 2011
IBADAH Korban
Tajuk : |
Binatang Korban |
Hadith : |
Dari Jabir r.a. katanya: “Kami menunaikan Haji bersama Rasulullah s.a.w. maka kami sembelih seekor unta buat tujuh orang, dan seekor lembu buat tujuh orang”. (Ahmad dan Muslim) |
| |||
Monday, August 8, 2011
Mereka yang masuk Syurga tanpa hisab!
Ibnu Abbas R.A ada menceritakan bahawa nabi SAW pernah berkata: “Semasa aku naik ke langit di malam isra' dan mikraj, aku telah dipaparkan mengenai keadaan umat-umat Islam. Pada mulanya aku melihat seorang nabi bersama umatnya, kemudian seorang nabi bersama beberapa pengikutnya, kemudian seorang nabi dengan 10 orang pengikutnya, kemudian pula seorang nabi dengan 5 orang pengikutnya dan akhirnya seorang nabi tanpa seorang pengikut pun. Tiba-tiba aku melihat kumpulan manusia yang banyak bagai awan yang kehitaman, lalu aku bertanya kepada Jibril: “Adakah mereka itu umatku?”. Jawab Jibril: “Bukan... Tetapi lihatlah di ufuk sana.” Lalu aku pun nampak dari jauh kumpulan-kumpulan hitam yang banyak. Kata Jibril: “Itulah umatmu! Di barisan hadapan mereka ada kumpulan seramai 70 ribu orang semuanya yang tidak akan dihisab dan diazab oleh SWT.” Aku bertanya kenapa? Jawab Jibril: “Mereka itu semasa hidup di dunia tidak berubat menggunakan besi panas yang dibakar (wara’) , tidak meminta untuk dibaca mentera-mentera sihir ketika mereka sakit (sabar) , tidak melakukan tilikan mengunakan jin dan bomoh (tidak syirik) dan mereka hanya bertawakkal kepada Allah dalam setiap perkerjaan yang telah mereka usahakan.”” Lalu bangun Ukasyah bin Muhsin yang telah mendengar kata-kata itu dan berkata: "Wahai Rasulullah doakan kepada Allah agar aku bersama mereka ini." Lalu berdoalah nabi: "Ya Allah jadikan Ukasyah bersama mereka". Kemudian bangun pula lelaki lain dan berkata: "Wahai Rasulullah doakan kepada Allah agar aku juga bersama mereka ini." Kata Rasulullah: "Ukasyah telah pun mendahului kamu!""
(Sahih Bukhari dengan Sarh Fath Al-Bari, Kitab al-Riqaq, Bab no. 50, hadis no. 6541)
Sunday, July 31, 2011
Abu Hurairah radhiallahu 'anh, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda bahawa Allah berfirman (Hadis Qudsi):
Setiap amal anak Adam adalah bagi dirinya…kecuali puasa maka ia adalah untuk Aku dan Aku sendiri akan membalasnya. Dia (anak Adam) meninggalkan makanan kerana Aku dan meninggalkan minuman kerana Aku dan meninggalkan kenikmatan kerana Aku dan meninggalkan isterinya (tidak bersetubuh) kerana Aku.